Tuesday 25 July 2023

CARA ATASI GASTRIK ANGIN

 
Gastrik angin merupakan perkara biasa yang dialami oleh banyak individu terutamanya orang dewasa. Gastrik angin boleh menjadi masalah “besar” jika berlaku. Tidak senang duduk dibuatnya.
 
Antara punca berlaku gastrik angin adalah pengambilan makanan yang tidak sesuai untuk diri seseorng. Ingat, setiap orang ada masalah berbeza terhadap makanan. Tidak semua makanan yang baik untuk individu lain baik juga untuk kita.
 
Jadi, anda perlu kenal jenis-jenis makanan yang tidak sesuai atau akan mendatangkan masalah kesihatan. Selain itu, makanlah secara perlahan, ambil masa lebih lama untuk mengunyah dan makan pada masa yang sesuai.
 
Ada cara atau makanan yang sesuai dimakan oleh mereka yang kerap mengalami gastrik angin. Pun begitu, ia jaga bergantung kepada sesuaian diri masing-masing.
 
Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang terbukti secara saintifik boleh melegakan simptom atau gejala gastrik angin.
 
Berikut adalah jenis makanan sebagai cara hilangkan gastrik segera:
 
- Pisang
Pisang adalah buah yang sangat baik untuk mereka yang menghadapi masalah gastrik angin. Bukan sahaja enak untuk dimakan, tetapi ia juga kaya dengan vitamin B6 yang dapat membantu melindungi lapisan perut anda.
 
Selain itu, pisang juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat ini dapat melambatkan pengosongan perut yang seterusnya boleh mengurangkan risiko gastrik angin.
 
Jadi, jika anda mengalami gastrik angin, cuba makan pisang setiap hari sebagai cara hilangkan gastrik angin.
 
- Teh halia
Halia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai jenis masalah pencernaan, termasuk gastrik angin.
 
Halia mengandungi gingerol, sebatian aktif yang telah terbukti dalam banyak kajian mempunyai sifat antiradang dan antioksidan yang kuat.
 
Dengan minum teh halia setiap hari, anda boleh membantu mengurangkan keradangan dan kembung perut yang biasanya berlaku semasa gastrik angin.
 
Untuk membuat teh halia, cukup dengan menghiris beberapa hirisan halia dan direndam dalam air panas untuk dijadikan teh.
 
- Yogurt
Yogurt adalah sumber probiotik yang sangat baik. Probiotik adalah bakteria baik yang boleh membantu melindungi lapisan perut daripada keradangan yang disebabkan oleh gastrik angin.
 
Ini kerana probiotik dapat membantu memperbaiki keseimbangan bakteria di dalam perut anda, yang seterusnya dapat mengurangkan keradangan dan gejala lain yang berkaitan dengan gastrik angin.
 
Oleh itu, pengambilan yogurt dalam diet harian anda dapat membantu meringankan gejala-gejala gastritis.
 
- Madu
Madu lebah terutamanya madu kaya dengan bahan-bahan antiradang dan antibakteria.
Kajian telah menunjukkan bahawa madu ini dapat membantu melawan H. pylori, sejenis bakteria yang sering menjadi penyebab berlakunya gastrik angin.
 
Jadi, dengan mengambil madu dalam diet anda, anda bukan sahaja dapat membantu mengurangkan keradangan di dalam perut, tetapi juga dapat membantu mencegah perkembangan bakteria penyebab gastrik angin.

No comments:

Post a Comment