Sunday 2 July 2023

SUSUNAN DAN SYARAT WALI PERKAHWINAN

 
Wali nikah merujuk kepada seorang lelaki yang diberi kuasa oleh syarak untuk menikahkan perempuan dengan seorang lelaki.
 
Syarat-syarat wali
- Islam
- Lelaki (sebelah bapa)
- Baligh
- Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya
- Merdeka
- Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Adil (tidak fasik)
- Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
 
Jenis-jenis wali perkahwinan:
 
Wali perkahwinan terbahagi kepada tiga:
- Pertama. Wali mujbir - wali nasab yang boleh menikahkan anak atau cucu perempuan yang masih gadis tanpa meminta izin peremuan itu terlebih dahulu. Wali mujbir terdiri daripada bapa, datuk sebelah bapa dan ke atas. Mujbir ialah kata Arab yang bermaksud yang memaksa.
 
- Kedua. Wali bukan mujbir - wali nasab selain bapa, datuk sebelah bapa dan ke atas. Mereka tidak boleh menikahkan perempuan tersebut yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan terlebih dahulu.
 
Wali nasab. Ia terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
i. Wali aqrab - wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali
ii. Wali abad - wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali
 
Wali aqrab diutamakan dan tidak boleh suka hati mendahulukan wali abad dahulu, melainkan atas beberapa alasan.
 
- Ketiga. Wali Hakim / Wali Raja - Wali yang ditauliahkan oleh sultan atau raja untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab atau apabila berlaku salah satu daripada sebab-sebab berikut:
- Tiada wali nasab
- Wali yang tidak memenuhi syarat wali
- Wali enggan/ingkar tanpa sebab yang munasabah
- Wali ghaib (hilang) tidak dapat dikesan
- Wali ditahan dan tidak dapat dihubungi
- Anak tidak sah taraf
 
Senarai wali nikah yang sah mengikut susunan:
- Bapa kandung
- Datuk sebelah bapa dan ke atas
- Saudara lelaki seibu sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa dan ke bawah (anak saudara)
- Anak lelaki daripada saudara sebapa dan ke bawah(anak saudara)
- Bapa saudara sebelah bapa (seibu sebapa)
- Bapa saudara sebelah bapa (sebapa)
- Anak bapa saudara (sepupu) sebelah bapa seibu sebapa
- Anak bapa saudara (sepupu) sebelah bapa sebapa
- Datuk saudara belah ayah (seibu sebapa)
- Datuk saudara belah ayah (sebapa)
- Anak saudara lelaki kepada bapa seibu sebapa (sepupu kepada bapa)
- Anak saudar lelaki kepada bapa sebapa (sepupu kepada bapa)
- Wali hakim / wali raja
 
Syarat perpindahan wali aqrab kepada wali abad
- Wali aqrab belum baligh
- Wali aqrab gila
- Wali aqrab fasik
- Wali aqrab cacat akal fikirannya
- Wali aqrab berlainan agama dengan bakal isteri tersebut
- Wali aqrab meninggal dunia
 
Sebab mengguna wali hakim
- Keengganan wali dalam pernikahan
- Ketiadaan wali nasab
- Wali aqrab (yang terhampir) tidak cukup syarat-syarat menjadi wali dan ketiadaan wali abad
- Wali aqrab berada di tempat yang jaraknya lebih dua marhalah atau wali dalam keadaan berihram haji atau umrah.

No comments:

Post a Comment