Saturday 6 April 2024

MAKSUD PERKATAAN “ALAMAK”

 
Perkataan  ‘alamak’ adalah kata seru yang berdiri di atas rangkai kata ‘alah mak’. Perkataan “alah” sendiri adalah kata seru. Manakala perkataan “mak” adalah singkatan bagi emak.
 
Perkataan alamak lebih merujuk kepada ekspresi terkejut terhadap sesuatu perbuatan atau pernyataan.
 
Ada pendapat mengatakan perkataan “alamak” adalah lahir daripada bahasa Arab iaitu ‘Allah Ma’ak’ yang membawa maksud “Allah bersama kamu”.
 
Buku “Perubahan Bunyi dan Makna” karya Amat Juhari dan Mohd Saophy menjelaskan tentang kosa kata, fonem, morfem yang diserap berlaku perubahan kata.
 
Antara yang dirincikan kata ‘alah mak’. Perkataan ini sebenarnya merupakan bahasa pinjam daripada bahasa Arab yang berbunyi Allah Ma’ak yang beerti Allah bersama kamu.

No comments:

Post a Comment