Perasaan dengki adalah salah satu
perangai atau sifat buruk yang telah menghinggapi manusia sejak dari dahulu
lagi. Ia bukan sahaja terjadi dalam dunia politik, perniagaan, pekerjaan dan
persahabatan, malahan turut berlaku dalam suasana kekeluargaan.
Di dalam al-Quran misalnya, Allah SWT memaparkan kisah Nabi Yusuf yang
dicampakkan oleh saudarasaudaranya ke dalam telaga kerana merasa dengki
kepadanya yang sangat disayangi oleh bapanya, iaitu Nabi Yaqub.
Hal ini terakam pada firman-Nya yang bermaksud: “(Kisah itu bermula) tatkala saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna).
Demikianlah resam orang yang dilanda sifat serta penyakit hasad dengki, di
depan berlagak saudara, mulut manis tetapi di belakang mereka umpama gunting
dalam lipatan. Ia membuktikan bahawa apabila hati diselimuti hasad, qada dan
qadar Ilahi sanggup dinafikan.
Dalam erti kata yang lain, berita gembira untuk si pendengki atau kaki hasad
adalah perkara buruk yang menimpa orang yang didengkinya. Kalau ada berita
buruk mengenai orang yang dihasadnya, maka berseriserilah mukanya kegembiraan.
Tetapi jika ada kebaikan atau kelebihan lain orang yang dihasadnya pula, maka
bermasam mukalah dia kedukaan.
Yang pasti, sifat buruk dan keji ini tidak akan reda selagi terdapat individu
atau kelompok tertentu yang sanggup mewakafkan dirinya untuk berfikir bagaimana
menjatuhkan orang lain.
Sesungguhnya watak yang sedemikian menyalahi
ajaran Allah SWT dan Rasul-Nya yang menyuruh kita turut gembira dengan berita
baik dan berdukacita dengan berita buruk yang menimpa saudara Muslim.
Ini sebagaimana hadis daripada Watsilah bin al-Asqa' RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Janganlah engkau gembira lantaran bencana yang menimpa saudara Muslimmu, sebab jika engkau berkelakuan demikian, maka Allah akan memberikan kerahmatan kepada saudaramu itu sedangkan ke atas engkau sendiri ditimpakan bala olehNya.” (Hadis riwayat At-Tirmizi).
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment