Sunday, 3 November 2019

PERSEMBAHAN HEBAT DIKIR BARAT MASA DAHULU


Dikir barat mencapai kemuncak kegemilangan sekitar tahun 60an dan 70an mengatasi persembahan wayang kulit, menora dan makyong.  

Nama tukang dikir seperti Daud Bukit Abal, Pak Lah Tapang, Hassan Ikan Duyung, Seman Wau Bulan dan beberapa nama lain begitu terkenal menjadi sebutan ramai. 

Setiap kali persembahan dikir barat diadakan, sambutan amat meriah dan menjadi kegilaan ramai. Peminat sanggup berjalan kaki melalui kawasan hutan, sawah dan paya semata-mata untuk menikmati dikir barat. 

Ketika itulah peluang untuk anak gadis berhibur. Ibu bapa boleh bertolak ansur kerana mereka juga ingin menontonnya. Dengan kata lain persembahan itu ditonton seisi keluarga sehinggga anak kecil masih dalam patang juga dibawa bersama kerana ibu baru lepas bersalin juga tidak mahu ketinggalan.

Persembahan dikir barat berlangsung sehingga pukul lima atau enam pagi. Penonton tidak berganjak dan sanggup bersengkang mata sehingga tamat. 

Semakin lama persembahan semakin hebat apabila tukang karut telah ‘turun minyak’. Setiap persembahan melibatkan dua pasukan yang masing-masing mempunyai tukang karut dan tok joro untuk berlawan persembahan.

No comments:

Post a Comment