Kiasu ialah perkataan dalam dialek
Hokien yang bermaksud takut kalah atau lawannya adalah ingin memang. Sikap
kiasu diakui baik untuk satu persaingan sihat.
Namun sikap itu bertukar buruk apabila mencapai
tahap ultra kiasu. Fahaman atau ideologi ultar kiasu membawa kepada 'persaingan
yang melampau' dan membawa kesan buruk.
Pegangan ini lazim digunakan oleh golongan
yang suka berdengki terhadap mereka yang berjaya. Hanya mereka ingin menang dan
orang lain mesti kalah.
Mereka tidak boleh melihat orang lain lebih
kehadapan. Mereka akan melakukan sesuatu agar orang lain tidak akan berjaya
atau mendapati apa yang sepatutnya dinikmati oleh orang lain.
Perbuatan itu dilakukan bukan bertujuan
menyekat kejayaan orang lain, tetapi agar orang lain tidak lebih berjaya
daripada dia. Kononnya apabila orang lain lebih berjaya, maka dia akan menjadi
mangsa kepada orang berjaya itu.
Manusia bila rasa terancam secara
psikologinya dia akan cenderung bertindak agresif.
Biarpun dirinya telah berada pada kedudukan
yang tertinggi, dia masih berasa takut dan bimbang tindakan orang yang berada
di paling bawah sekalipun.
Mereka akan mengguna kuasa dan kedudukan yang
dimiliki untuk memastikan tiada orang lain mampu mencapai lebih baik
daripadanya.
Untuk mencapai cita-cita dan kehendaknya,
maka tiada perasaan kesihan dan tolak ansur dilakukan. Sikap mementingkan diri
sendiri berada pada carta tertinggi perkara yang perlu dilakukan.
Mereka akan masuk campur dalam urusan orang lain
yang sebenarnya tiada kaitan dengan dirinya. Perbuatan itu dilakukan kerana tidak
mahu orang lain bahagia dan berjaya.
No comments:
Post a Comment