Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisi warga tua aktif sebagai proses yang mengoptimumkan peluang untuk kesejahteraan fizikal, sosial dan mental sepanjang hayat, ke arah perlanjutan jangka hayat, produktiviti dan kualiti hidup pada hari tua.
Golongan ini tidak cenderung untuk berkahwin semula selepas kematian pasangan mereka berbanding dengan warga tua lelaki. Mereka lebih cenderung hidup dalam kedaifan dan tinggal berseorangan biarpun terdapat anak yang sedia menjaga mereka.
Fenomena ini sedikit sebanyak berkaitan dengan sejarah yang dilalui seseorang individu. Kebanyakan wanita golongan tua yang terdapat di negara kita rata-rata adalah suri rumah ketika usia muda. Mereka tidak melakukan aktiviti ekonomi, melainkan mengharapkan sepenuhnya daripada suami.
Kesihatan yang baik adalah pra syarat kepada kehidupan berkualiti pada masa tua. Selain faktor ‘kekurangan’ berdasarkan usia tua, masalah yang kerap dialami golongan tua ialah mengidap penyakit berbahaya.
Mungkin kita boleh berbangga dengan kemudahan kesihatan yang terdapat di Malaysia yang dianggap di antara yang terbaik di kalangan negara membangun, tetapi sikap dan peranan individu sendiri menentukan tahap kesihatan masing-masing.
Biarpun sebaik mana kemudahan kesihatan yang disediakan kerajaan, terdapat penyakit yang sukar dirawat, sebaliknya memerlukan disiplin penjagaan kesihatan secara individu.
Penyakit kencing manis dan berat badan berlebihan adalah penyakit yang berpunca sikap individu yang tidak menjaga pemakanan dan kurang bersenam.
Sepatutnya, setiap individu perlu mengambil langkah awal mengelak diri mengalami penyakit berbahaya, terutama yang menyerang apabila usia tua. Sebenarnya, amat jarang terdapat penyakit yang menyerang secara mendadak ketika usia tua, tetapi sebenarnya mempunyai kaitan cara hidup sewaktu usia mua.
Justeru, kempen atau promosi kesihatan perlu dipertingkatkan di kalangan golongan muda supaya apabila memasuki usia tua keadaan kesihatan masih baik. Hidup era tua dapat dinikmati dengan lebih bererti sekiranya keadaan kesihatan tidak dibebani dengan pelbagai jenis penyakit bahaya.
Usaha membina motivasi dan keyakinan diri menghadapi hidup alam tua juga perlu dipertingkatkan di kalangan rakyat. Ia satu usaha untuk tidak lagi menggambarkan hari tua sebagai tempoh memilukan dan serba kepayahan.
Seharusnya, kita mewujudkan satu tanggapan bahawa hari tua adalah kemuncak kehidupan apabila sepanjang usia yang lalu kita telah mencapai kejayaan hidup dalam mengurus keluarga dan kerjaya.
Ketika hari tua kita merasakan kepuasan telah melaksanakan amanah dan tugasan yang sepatutnya dilakukan ketika usia muda.
Kalau ketika usia muda kita banyak melakukan perkara kebaikan, mengapa perkara itu tidak diteruskan ketika usia tua mengikut kadar kemampuan masing-masing. Jika dulu usia 55 tahun dikira sebagai had memasuki alam persaraan, kini telah ditingkatkan kepada 60.
No comments:
Post a Comment