Tuesday 29 March 2016

Kaki kena potong akibat kencing manis

Pesakit kencing manis yang teruk berdepan dengan kemungkinan kakinya terpaksa dipotong untuk mengelak kesan yang lebih teruk. Oleh itu, pesakit kencing manis perlu berusha untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dengan cara mengurangkan kadar pengambilan gula dan karbohidrat.

Individu mengalami diabetes dalam tempoh panjang dan kandungan gula dalam darah tidak dikawal menyebabkan kerosakan saraf dan kaki menjadi kebas serta tidak berasa sakit, biarpun kaki sudah terluka.

Kerosakan saraf pada kaki juga bermakna aliran darah yang membawa zat dan bekalan oksigen terganggu. Tanpa pengaliran darah yang baik, luka di kaki akan lambat atau tidak akan sembuh. Luka yang tidak dirawat dengan baik akan berisiko mendapat jangkitan seterusnya mengancam nyawa. 

Ramai pesakit diabetes yang sering mengadu kebas-kebas kaki. Fenomena ini sering disebut dalam bidang perubatan sebagai ‘diabetic neuropathy’. Diabetic neuropathy adalah antara komplikasi diabetes disebabkan oleh kerosakan pada hujung saraf dan ini boleh mengakibatkan rasa kebas timbul pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan.

Kebas, rasa panas, berdenyut-denyut dan rasa sakit di lengan, paha, tangan atau kaki antara tanda biasa penyakit neuropati diabetes atau kerosakan saraf.

Kira-kira 60 hingga 70 peratus penghidap diabetes mempunyai beberapa jenis kerosakan saraf.

Walaupun paras gula darah anda normal atau anda menghidapi pra-diabetes (mereka yang mempunyai paras glukosa tinggi tetapi tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai penghidap diabetes), tidak terlalu awal untuk mula memberi perhatian kepada saraf kerana kerosakan saraf boleh bermula seawal peringkat pra-diabetes lagi.  

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) Ke-4 (2011) menunjukkan seorang daripada lima orang dewasa Malaysia menghidap diabetes. Ini perbezaan besar berbanding NHMS pertama (1986) hanya 6.3 peratus (%).

Neuropathy ini sukar diubati tetapi penjagaan yang betul boleh mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk. Diabetic neuropathy yang tidak terkawal boleh menyebabkan keadaan ini menjadi melarat membawa kepada kecederaan yang tidak disedari dan  lambat laun boleh menyebabkan berlaku amputasi.

Ini kerana apabila berlaku kebas pada kaki, anda tidak akan dapat merasa sakit pada luka atau jangkitan pada kaki.  

Pastikan anda sentiasa mengawal kandungan gula dalam darah dengan memakan ubat diabetes yang disyorkan doktor dan pada masa yang sama  amalkan pemakanan yang baik. Ini dapat membantu mengurangkan rasa kebas pada kaki atau tangan.

2 comments:

  1. salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair akibat kencing manis cuba wasap atau call saya en mohd zuhairi bin noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi luka tu cepat kering dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan mana yg gula tinggi pun kita boleh kawal bg rendah balik.jom kita rawat kan dengan minuman herba ladang

    ReplyDelete