Wednesday 1 June 2016

SEJARAH PENYAKIT KENCING MANIS

Peratusan penduduk Malaysia mengidap kencing manis atau diabetis antara tertinggi di dunia. Keadaan ini amat membimbangkan kerana penyakit kencing manis adalah penyakit berbahaya yang memberi kesan kesihatan amat buruk kepada pengidapnya.

Kos rawatan untuk pesakit kencing manis juga tinggi kerana kesan penyakit itu akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang mana menyebabkan pengidapnya terpaksa melalui proses hemodialisis.

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). 

Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC.

Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut.

Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manisyang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk mencernakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

No comments:

Post a Comment