Tuesday 12 June 2018

PERLUKAH RAIKAN SYAWAL SELAMA SEBULAN

Sebenarnya sambutan Aidilfitri hanya pada 1 Syawal. Pada 2 Syawal dan hari seterusnya sudah dibenarkan berpuasa sunat Syawal dan puasa-puasa sunat lain, termasuk puasa ganti. Kebiasannya penganut Islam di negara-negara Arab hanya menyambut Aidilfitri pada 1 Syawal, atau jika diteruskan lagi sekadar untuk dua tiga hari.  

Bagaimanapun tidak dilarang untuk terus menyambut atau melakukan acara yang dikaitkan dengan sambutan Aidilfitri selepas tarikh 1 Syawal selagi apa yang dilakukan itu tidak bertentangan syariat.

Namun apa yang ditakuti ialah kecenderungan masyarakat kita beraya sakan sepanjang bulan Syawal. Malah ada yang mengaitkan sambutan sebulan itu sebagai satu tuntutan agama. Sekiranya berpuasa sepanjang bulan Ramadan, maka dikatakan sepanjang Syawal pula untuk berhari raya. Lirik sebuah lagu raya berbunyi 'kita beraya selama sebulan'.

Beraya sepanjang Syawal bukan tuntutan syariat. Pun amalan itu tidak pula ditegah. Apa yang diamalkan beraya sebulan dalam masyarakat kita adalah adat. Oleh itu jangan terkeliru antara adat dan ibadat.   

Adat yang dilakukan untuk kebaikan tidak ditegah, bahkan digalakkan. Ganjaran pahala bergantung kepada niat ikhlas mencari kebaikan dan keredaan Allah SWT, tetapi mesti tidak bertentangan dengan syariat.

Ibadat dan adat, kedua-duanya dipatuhi dalam masyarakat kita, tetapi sumber hukumnya berbeza. Ibadat bersumberkan daripada perintah Allah SWT, sementara adat pula bersumberkan kehendak dan kebiasaan dalam masyarakat yang menjadi amalan turun-temurun.

Kejahilan pengetahuan mengenai agama menyebabkan ada ibadat menjadi adat, tidak mendapat apa-apa pahala biarpun dilakukan dengan penuh syaratnya, kecuali niat yang lebih menjurus kepada adat. 

Pun begitu, perlu diketahui ada adat yang menjadi ibadat atau diterima sebagai satu amalan dalam Islam. Dalam fikah Islam, sesuatu yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat yang tidak bertentangan dengan syariat Islam diterima sebagai sesuatu yang baik baik untuk diamalkan. Ia merupakan salah satu daripada lima kaedah asas dalam al-Qawaid al-Fiqhiyyah.

Untuk diterima sebagai satu amalan yang baik, hendaklah dijauhi atau bercampur dengan perkara haram. Contohnya, bagi wanita hendaklah mengelak daripada berpakaian yang mendedahkan aurat. Begitu juga, batasan hubungan antara lelaki dan perempuan juga mesti dijaga agar tidak terlibat perbuatan haram.

Turut perlu diberi penekanan ialah menolak sikap membazir ketika sambutan Aidilfitri. Jauhkan juga sikap yang ditegah seperti bongkak, sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kehebatan yang dimiliki.

Mengadakan rumah terbuka dan amalan ziarah sempena Aidilfitri amat digalakkan. Hal itu dapat merapatkan hubungan yang renggan akibat pada hari lain semuanya sibuk dengan urusan pekerjaan masing-masing. Hadirlah rumah terbuka dengan perasaan ikhlas, bukannya dengan harapan agar tuan rumah akan ‘membalas’ datang ke rumah kita pula.

Sambutlah Aidilfitri dengan sederhana. Islam melarang perbuatan melampau dan membazir. Bergembira keterlaluan mudah mengundang kelalaian. Lebih baik kita tumpukan perhatian kepada tugas seharian yang perlu dilakukan untuk kebaikan semua.

Bayangkan jika kita beraya sepanjang Syawal? Sepatutnya selepas menyambut Aidilfitri secara sederhana, tumpuan yang perlu diberikan ialah kepada urusan kehidupan seharian agar lebih berjaya dan cemerlang. Sesungguhnya Islam menggalakkan kita agar bersederhana dalam semua perkara.

Ada yang memberitahu bahawa alunan suara orang bertakbir boleh membuat mereka sedih. Apa yang paling pelik ialah walaupun takbir itu dialunkan di corong-corong radio atau dipaparkan di kaca televisyen, ia boleh mengusik perasaan mereka!

Kalau ditanya apa yang buat mereka sedih, mereka akan beritahu, suara dan lagu yang dibawakan yang membuat mereka sedih. Astaghfirullah! Sedih sungguh orang Melayu, kan?

Bukan makna kalimat yang membuat mereka sedih, tetapi kelunakan suara dan alunan lagu takbir itu yang membuat mereka sedih. Walhal, kalau kita amati makna takbir Aidilfitri itu ia langsung tidak menunjukan kesedihan.

Sebaliknya, ia adalah kalimah-kalimah yang memuji kebesaran dan keagungan Allah dan menolak kekufuran dan akhlak jahat. Tidak ada satu pun kalimat atau bait yang mengajak kita bersedih.

Orang Timur Tengah kehairanan apabila melihat orang Melayu melagukan takbir Aidilfitri dan menangis. Di Timur Tengah, takbir Aidilfitri dibaca beramai-ramai dengan suara yang tegas yang menjunjukkan kekuatan umat Islam dan pada masa yang sama memuji dan membesarkan Allah. Tetapi kita di sini menangis sedih kerana alunan lagunya.

Sebenarnya, lagu yang dibawakan itu adalah salah satu kaedah tarannum yang dipanggil Jiharkah. Memanglah, kalau kita baca Quran, kita bawakan lagu Jiharkah. Iramanya sedih dan lunak, apatah lagi kalau kena pada ayat-ayat yang sesuai dengan alunan irama tersebut. Tetapi kalau irama itu dibawakan dalam takbir Aidilfitri, ia menjadikan takbir itu lemah.

Berkaitan soal pakaian Hari Raya pula. Sudah seperti menjadi kewajipan kita menyambut Hari Raya dengan pakaian baru. Lantas, orang Melayu membudayakan sambutan Hari Raya dengan memakai baju kurung bagi yang perempuan dan baju Melayu bagi yang lelaki.

Rasulullah SAW menggalakkan kita berbaju baru semasa solat Aidilfitri dan warna yang digalakkan adalah putih. Oleh kerana orang Melayu suka ‘memeriahkan’ hari Raya, mereka sanggup beli atau tempah baju kurung dan baju Melayu yang berwarna warni. Yang peliknya, semasa solat mereka pakai baju lama, tetapi balik ke rumah, mereka akan tukar baju cantik untuk berjalan jalan raya. Walau apa pun, mereka mesti hendak berbaju Melayu.

Ziarah-menziarahi digalakkan dalam Islam kerana ia boleh mengeratkan silaturahim. Namun, orang Melayu akan membuat suatu aktiviti istimewa khas ziarah-menziarahi pada bulan Syawal. Mengapa?

Jawapannya ialah kerana ia sudah dibudayakan begitu. Itulah antara sebab mereka kena beli baju dua tiga helai atau mungkin lebih. Pada masa yang sama, mereka kena keluarkan belanja untuk membeli makanan. Belanja yang dikeluarkan berlipat ganda.

Mereka bukan tidak boleh berziarah, tetapi ziarah hingga tuan rumah kena berhabis-habisan, itu tidak patut kan? Sebab, kalau tidak ada apa-apa yang hendak dihidangkan, tuan rumah akan malu.

Lain pula saudara seislam di Timur Tengah. Mereka mengundang tetamu, tetapi pada bulan Ramadan. Mereka menjamu para sahabat dan rakan kerana ingin merebut pahala yang berlipat ganda sempena bulan Ramadan.

Ziarah menziarahi semasa bulan Syawal mungkin seronok dilakukan beramai-ramai. Maka itu ada orang Melayu yang penuh semangat pergi dengan secara “berkonvoi”. Mereka menggunakan tiga, empat kereta untuk berziarah bersama-sama.

Mari kita rujuk kembali kepada adat bertamu yang telah diajar oleh agama Islam. Antaranya, kita tidak boleh menyusahkan tuan rumah. Oleh kerana sudah terlalu ramai yang datang dan juga sudah membayar sewa kereta atau bas, maka tamu tidak boleh ziarah lama-lama. Tujuan utama berziarah dan beramah mesra tidak tercapai!

Ada pula golongan yang entah tahu tengok jam atau tidak. Sudah jam 12 tengah malam, mereka masih sibuk berjalan dari satu rumah ke satu rumah, tanpa mengambil peduli sama ada tuan rumah sudah beradu atau belum. Semua ini dilakukan atas alasan, “inikan Hari Raya? Setahun sekali sahaja…”

Kesimpulannya, orang Melayu sudah terlalu terkeliru. Aidilfitri dimelayukan. Dari segi pakaian, mesti pakai baju tradisional, dan dari segi jamuan, mesti adakan jamuan tradisional.

Rancangan di televisyen pula penuh dengan hiburan. Salam Lebaran, Salam Aidilfitri dan bermacam macam lagi. Menyanyi lagu Hari Raya lagi. Kalau tidak ada lagu Hari Raya, orang Melayu macam tak beraya, kata orang Melayu.

Mereka mesti hendak meriah. Mereka menangis cuma pada hari pertama saja apabila mendengar takbir yang sendu dan ke kubur. Selepas itu mereka berpesta! Lucu juga lihat bangsa yang keliru ini. Orang Melayu tidak jelas apa yang mereka mahukan daripada Hari Raya.

Dulu sambutan Aidilfitri hanya dua tiga hari saja. Keadaan berubah dengan perubahan cara hidup dan kemudahan yang dimiliki. 

Dengan ini mereka tidak dapat beraya dengan penduduk yang mereka tinggal di Selangor dan tidak juga boleh berhariraya dengan teman-teman sekerja seperti di pejabat dan institusi-institusi yang lain. Apabila mereka pulang mereka ucap mengucap selamat hariraya dan menukar juadah atau membawa makan bersama terutama seperti di pejabat dan di tempat kerja.

Bagi penduduk di taman perumahan dan Bandar mereka mengadakan pertemuan hari raya seperti di masjid, surau, di balai komuniti, balai raya, padang atau di bangunan-bangunan tertentu. Oleh kerana hari-hari yang dipilih memakan masa hari demi hari, maka pertemuan hari raya ini dirasakan sesuai diadakan dalam masa sebulan bagi bulan Syawal, terutama pada hari-hari hujung minggu – Sabtu dan Ahad, tetapi bagi pejabat-pejabat dan institusi-institusi keperluan bagi mengadakan hari raya membawa kepada pemilihan hari bagi sambutan iaitu pada hari-hari kerja, maka jadilah seluruh hari daripada bulan Syawal itu menjadi pilihan bagi mengadakan sambutan hari raya.

Budaya berhari raya sebulan Syawal ini menjadi mantap dalam mana misalnya bagi masjid-surau memilih malam-malam yang sesuai atau hari minggu, manakala persatuan taman, badan-badan tertentu, induk dan cawangan biasanya memilih sama ada hari Sabtu atau Ahad menyambut hariraya, manakala bagi jabatan, institusi dan sebagainya memilih hari bekerja bagi menyambut hari raya.

Hari raya dilihat sebagai hari menyambung silatur-rahim, bergembira dan bermaaf-maafan, sebab itu jemputan yang dibuat ialah terhadap berbagai-bagai lapisan masyarakat, sebab itu seorang pemimpin, ketua dari jabatan dan institusi menjemput terutama kakitangan pekerja dan lain-lain dan juga menerima banyak jemputan dari berbagai pihak, maka pihak yang menerima jemputan, katakan Adun dalam bulan Syawal banyak menunaikan jemputan raya hingga melibatkan belasan jemputan pada satu hari, terutama pada hari-hari minggu.

Hasil dari budaya raya sebulan Ramadan, ialah melibatkan penyediaan makanan bagi satu-satu tempat sambutan, maka dilihat juadah makanan tidak lagi sama dan biasa, tetapi melibatkan penyediaan mereka yang datang dari berbagai-bagai negeri, maka terhasil juadah dan makanan yang disediakan berpelbagaian. Juadah-juadah utama seperti ketupat, lemang, nasi impit, nasi beriani, laksa yang berbagai jenis laksa, sate, nasi dagang, putu mayang, soto, mei, begitu juga dengan kuih berbagai jenis kuih.

Pendek kata hari raya menampilkan juga budaya keunikan berbagai juadah yang disediakan. Keceriaan juga dilihat dari berbagai pakaian yang disukai. Bagi lelaki berpakaian baju Melayu, bagi perempuan berbaju kurung atau kebaya bertudung dan bagi anak-anak lebih berpelbagaian.

Akibat dari ziarah menziarahi, maka pada hujung-hujung minggu bagi bulan Syawal jalanraya penuh sesak dengan kenderaan yang antara satu sama lain ziarah menziarahi dengan pakaian raya berwarna warni dan menarik pandangan.

Pada satu peringkat sambutan hari raya berlaku di kalangan orang Islam sahaja, tetapi jemputan juga dibuat terhadap yang bukan Islam dan mereka turut berziarah hari raya atau mereka dijemput oleh pemimpin, ketua, pihak AJK penduduk dan sebagainya bagi menghadiri jamuan hari raya.

Kini bagi mengadakan jamuan hari raya menjadi mantap dengan penggunaan istilah seperti Hari raya, Hari Terbuka, Rumah Terbuka dan sebagainya yang seolah-olah hariraya menjadi hariraya bagi semua masyarakat Malaysia.

No comments:

Post a Comment