Monday 2 July 2018

PANDA GERGASI PENGIKAT HUBUNGAN DIPLOMATIK

Panda Gergasi  merupakan sejenis mamalia dikelaskan dalam keluarga beruang (Ursidae). Panda gergasi berasal dari China tengah dan hidup di kawasan pergunungan, seperti Sichuan dan Tibet. Kini, Panda Gergasi menjadi lambang kebangsaan bagi Negara China. Nama Cinanya bererti ‘beruang kucing’.

Walaupun dikenali sebagai haiwan maging, hakikatnya permakanan panda hampir keseluruhannya maun. Malah, panda hidup hampir sepenuhnya memakan buluh. Secara teknikal, seperti kebanyakan haiwan, 

Panda Gergasi makan pelbagai sumber jenis makanan. Termasuk dalam senarai makanan panda ialah telur, serangga selain diet utama buluh.

Pandas Gergasi merupakan spesies terancam, diancam oleh kehilangan habitat akibat proses pembangunan dan kadar kelahiran yang rendah. Sebanyak 1,800 dipercayai masih hidup di dalam hutan (2014). Bagaimana, hasil usaha kerajaan China terutama dari pemerliharan habitat asal panda, dalam tempoh sedekad, jumlah pada liar meningkat sebanyak 17 peratus.  

Panda Gergasi mula-mula diperkenalkan kepada Barat pada tahun 1869 oleh missionari Perancis, Armand David (1826-1900). Panda Gergasi telah lama menjadi kegemaran orang awam, sebahagiannya disebabkan spesies ini comel seperti bayi yang menjadikannya seperti teddy-bear hidup.

Pinjaman Panda Gergasi kepada zoo Amerika Syarikat dan Jepun membentuk diplomatik penting bagi negeri Negara China pada 1970-an kerana ia menandakan pertukaran kebudayaan pertama antara Negara Cina dengan negara luar.

Menjelang tahun 1984, Panda Gergasi tidak lagi digunakan sebagai ejen diplomat. Sebaliknya, China mula menawarkan Panda Gergasi kepada negara lain hanya untuk pinjaman 10 tahun. Pinjaman melibatkan kos yang sama kepada semua negara seperti yuran, tidak termasuk kos pengurusan di negara peminjam dan syarat bahawa sebarang anak Panda yang lahir semasa pinjaman merupakan milik Negara China.

Panda Gergasi menjadi objek perbincangan awam di Malaysia apabila panda dinamakan Fu Wa dan Feng Yi tiba di Malaysia, pasangan panda atas dasar setiakawan serta pinjaman. Perkara yang diperdebatkan ialah apabila ia membabitkan kos yang mahal.

Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.

Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Untuk menempatkan pasangan Panda Gergasi, melibatkan perbelajaan besar untuk membina kompleks tempat tinggal di Zoo Negara melibatkan kawasan khas berkeluasan 1.6 hektar. Kos penjagaan Panda Gergasi oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Sekiranya Pandai Gergasi itu melahirkan anak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun. Panda Gergasi di Zoo Negara telah melahirkan dua ekor anak (sehingga Jan 2018).

Namun jika dilihat skop lebih luas dahulunya Zoo Negara sepi sahaja kini dengan kehadiran panda, ia berjaya menarik lebih ramai lagi pelancong.

Kejayaan zoo lain yang mempunyai panda membuktikan haiwan itu merupakan daya tarikan yang cukup memberangsangkan. Daripada 300 ekor panda gergasi di dalam kurungan, lebih kurang 250 ekor di China manakala 47 ekor di negara-negara lain.

Menurut laporan The Guardian, Zoo Edinburgh berjaya memecah rekod pengunjung dengan kehadiran panda Tian Tian dan Yang Guang. Pemiliknya Royal Zoological Society Of Scotland mendedahkan pulangan keuntungan zoo telah meningkat lebih daripada RM27 juta pada tahun 2011 kepada RM81 juta pada tahun 2012.

Kedatangan pengunjung meningkat mendadak 51% dengan kehadiran panda pada 2011. Zoo berkenaan yang mengalami kerugian operasi telah mencatatkan pulangan lebihan selepas ketibaan panda.

Menurut laporan itu, penjualan tiket dan barangan cenderamata sahaja mampu menampung kos menyimpan panda. Selain itu, orang ramai juga dapat memahami hidupan liar dan belajar untuk memulihara mereka.

Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa China sejak enam dekad lepas telah menggunakan panda sebagai pemudah cara untuk berurusan dengan negara lain. Kaedah ini perlu dimanfaatkan oleh negara untuk menjalin hubungan akrab dengan China.   

Pada 1957, pemimpin tertinggi China, Mao Tse-Tung menghadiahkan seekor panda kepada Rusia sebagai tanda penghargaan kepada Moscow yang telah mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai negara berdaulat.

Diplomasi panda memasuki fasa penting pada 1972 apabila China menghadiahkan Ling-Ling dan Hsing-Hsing kepada Amerika Syarikat (AS) apabila Presiden Richard Nixon melakukan lawatan rasmi ke Beijing sebagai permulaan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Jika Ling-Ling dan Hsing-Hsing dianggap simbol hubungan diplomatik Sino-AS maka perkara yang serupa boleh dium­pamakan dengan hubungan Sino-Anglo yang mempunyai pasangan panda Chia-Chia dan Ching-Ching yang dihadiahkan sempena lawatan Perdana Menteri Edward Heath ke China pada 1974.

No comments:

Post a Comment