Saturday 7 July 2018

MAKSUD PERKATAAN MAKCIK BAWANG

Istilah makcik bawang mahupun pakcik bawang semakin popular. Asalanya istilah itu muncul di media sosial, kini telah disebut-sebut di mana-mana. Individu berstatus menteri dan pegawak kanan kerajaan turut mengugunakan istilah makcik bawang. Memang cukup terkenal istilah yang bermula di alam maya ini.

Namun, tidak pula diketahui asal usul atau sejarah penggunaan perkataan makcik bawang. Yang boleh dikesan ialah perkataan itu mula timbul di sosial media pada tahun 2017.

Apa sebenar maksud makcik bawang? Tiada siapa mampu menjawabnya dengan tepat. Macam-macam takrifan dibuat mengenai maksud makcik bawang. Paling sempoi maksudnya merujuk kepada makcik yang gemuk macam bawang besar.

Namun, semakin difahami definisi makcik bawang ialah perbuatan mereka yang suka mengumpat dan mengata orang lain. Kononnya dirinya serba tahu dan serba betul. Semua tentang diri orang lain dianggap tidak betul dan tidak kena pada pandanganya.

Perkataan bawang digunakan kerana perbuatan itu biasanya dikaitkan semasa makcik-makcik merewang atau bergotong-royang mengupas dan memotong bawang. Masa itu macam-macam cerita terkeluar berkaitan diri penduduk kampung. Dari satu cerita bertukar kepada cerita lain pula. Memang lama boleh membawang kerana banyak bawang yang perlu dikupus.

Memandangkan perbuatan mengumpat itu umpama memakan daging saudara sendiri, maka ada orang mencadangkan agar perkataan bawang ditukar kepada daging dengan sebutan makcik daging agar mengingatkan bahawa perbuatan mereka mengumpat itu umpama makan daging badan saudara sendiri.

No comments:

Post a Comment