Monday, 9 July 2018

HUBUNGAN BUAH DURIAN DENGAN BUDU

Durian dan budu memang tidak dapat dipisahkan. Seperti isu dengan kuku, aur dengan tebing. Begitu rapat sekali hubungan durian dengan budu. Ada orang beli durian semata-mata untuk dilengkapkan dengan budu. Manakala bila ada durian, jika tiada budu, maka akan dicarinya budu biarpun pada malam hari ketika hujan lebat. Di samping durian dan budu adanya cili api, asam limau, ikan bakar dan penyedap rasa yang lain.
Durian dan budu saling melengkap antara satu sama lain. Begitulah kehidupan manusia dalam bernegara. Rakyat dan pemimpin saling melengkapkan. Tanpa rakyat tidak wujud individu dinamakan pemimpin. Dan tiada  hebatnya pemimpin tanpa rakyat.

Maka itu, antara keduanya saling memerlukan. Rakyat perlu sayang dan hormat pemimpin. Manakala pemimpin pula perlu menjaga rakayat. Jangan melakukan sesuatu yang menyusahkan rakyat. Jangan anggap rakyat seperti hamba yang boleh disuruh dan diperlakukan dengan sesuka hati. 

No comments:

Post a Comment