Tuesday 17 December 2019

PERBEZAAN TERJUNAN UDARA STATIK DAN BEBAS

Terjunan udara atau skydiving merupakan aktiviti mencabar antara hidup dan mati. Namun, aktiviti terjunan udara kini semakin popular di kalangan orang awam untuk mengalami pengalaman terjun menggunakan payung terjun yang pada masa dahulu hanya dialami oleh anggota tentera.

Terjunan udara atau terjun payung terjun ada dua kategori. Pertamanya dinamakan terjun statik. Terjun statik adalah peringkat awal untuk mereka ingin melakukan terjunan udara.

Terjunan statik bermaksud payung terjun akan terus terbuka atau kembang sebaik keluar dari pesawat. Ketinggian terjunan statik pada paras kira-kira 4000 kaki atau 1219 meter dari paras bumi.

Manakala terjunan bebas atau freefall pula payung terjun akan kembang mengikut kawalan penerjun yang terlebih dahulu akan melalui satu tahap terjunan tanpa payung terjun dibuka. Untuk terjunan bebas, ketinggian biasanya melebihi 2000 meter.

No comments:

Post a Comment