Saturday 14 December 2019

SEBAB PROTON MENCIPTA KEJAYAAN

Sebelum PRU14, pimpinan Pakatan Harapan sering menghentam keras usahasama Proton-Geely.

Malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga pernah menangis kononnya sedih apabila Proton dikatakan dijual dan seolah ianya merugikan rakyat.

Selain kejayaan menaikkan jualan yang sebahagian besarnya adalah disebabkan kenaikan jualan variasi SUV Proton iaitu X70, Proton juga berjaya menurunkan 30% kos barangan yang dibekalkan oleh vendor-vendor lama Proton.

Rupa-rupanya vendor menjual part 30% melebihi harga pasaran kepada Proton

Ketika tu, portal-portal media mengkritik Proton seolah pemilik baharu daripada China itu cuba mengacau periuk nasi vendor-vendor tempatan kononnya untuk menukar kepada pembekal daripada China.

Kemudian Proton mempromosikan kepada pengusaha service centre mereka supaya menaiktaraf daripada menawarkan servis 2S (jualan dan servis) kepada 4S (jualan, servis, alat ganti dan semburan cat) yang memerlukan pelaburan modal daripada pengusaha vendor.

Ketika itu juga ada media yang mengkritik usaha itu kononnya menindas dan memaksa pengusaha service centre proton untuk menaiktaraf kepada 4S.

Ironinya, usaha itu adalah untuk mempersiapkan pusat servis Proton supaya lebih kompetitif berbanding syarikat-syarikat pesaing yang lain

Apa yang penting, kerjasama Proton-Geely tidak akan terhasil jika ianya tidak dimaterialisasikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Kerajaan Barisan Nasional ketika itu memberikan syarat kepada Proton supaya mencari rakan pakar untuk bekerjasama sebelum mendapat kelulusan kerajaan berhubung RM1.5 billion softloan kepada Proton.

Kerajaan BN ketika itu berpuas hati mendengar plan jangka panjang Geely yang hanya memerlukan 49% pegangan. Berbanding syarikat lain memerlukan hak pegangan lebih daripada 50% jika ianya melibatkan pemindahan teknologi.

Sekarang adalah masa untuk menuai kejayaan Proton, sehinggakan kerajaan Pakatan Harapan menjadikan Proton sebagai kereta rasmi APEC2020 lantas membuktikan tuduhan menjual Proton seolah menjual negara adalah fitnah semata-mata.

No comments:

Post a Comment