Thursday 22 July 2021

BANYAK NGO ISLAM HULURKAN BANTUAN

Sebenarnya banyak masjid dan NGO Islam turut melakukan kerja sosial membantu mereka yang memerlukan, termasuk di kalangan bukan Islam.

berpegang kepada prinsip, tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu, banyak program tidak dihebohkan. Jadi, banyak berita program bantuan tidak diketahui oleh orang ramai.

Dan, jika ada pun mengetahui mengenainya, tidak pula orang berminat untuk menyebarkan.

Berlainan, apabila ada gereja, kuil atau NGO bukan Islam menganjurkan program bantuan dan ada pula orang Islam menerima bantuan, maka ia disebarkan cukup cepat.

Yang menyebarkan program itu di kalangan orang Islam sendiri yang kononnya ingin menunjukkan betapa orang Islam terpaksa menerima bantuan daripada rumah ibadat bukan Islam.

Mereka sebenarnya mempromosikan kebajikan dilakukan bukan Islam dan pada masa sama menyatakan betapa ‘teruk’ dan ‘tidak berfungsi’ masjid dan NGO Islam membantu orang Islam yang memerlukan bantuan.

Mereka mempersoalkan keberkesanan peranan institusi zakat dan masjid yang kononnya mempunyai banyak wang tetapi tidak digunakan untuk membantu umat Islam.

Cukup-cukuplah hanya tahu komen dan memburukan institusi zakat. Tanyak diri sendiri apa yang telah anda lakukan untuk membantu saudara seagama.

Kalau tidak mampu beri banyak, berilah biarpun sedikit setakat yang termampu. 

No comments:

Post a Comment