Thursday 29 July 2021

BAKA IKAN PUYU CHUMPHON F1

Permintaan terhadap ikan puyu amat tinggi. Bekalan puyu secara semulajadi yang ditangkap di parit, paya, tasik dan sungai tidak dapat memenuhi permintaan.

Maka sebab itu, banyak ikan puyu kini diternak di dalam kolam. Terdapat dua jenis kolam iaitu kolam tanah dan kolam konkrit atau kanvas.

Antara jenis baka ikan puyu mendapat permintaan tinggi ialah baka  Chumphon F1 dari Thailand.

Kelebihan baka Chumphon F1 ialah dari segi saiz fizikal yang lebih lebar seperti ikan talapia, isi agak tebal dan warnanya hijau kekuningan.

Dalam tempoh tiga hingga enam bulan, benih ikan puyu yang diternak ini mampu mencecah 150 gram sehingga 300 gram seekor.  

No comments:

Post a Comment