Saturday 2 October 2021

SEJARAH ASAL NAMA PANTAI SABAK

 
Nama Kampung Sabak dikatakan diabadikan daripada nama seorang petani, Tok Sabak, yang begitu gemar bercerita bukan sahaja kepada kanak-kanak malah seluruh warga kampung berkenaan menyebabkan dia disukai semua peringkat usia.

Kepetahannya bercerita di samping sikap ramah yang dimiliki membuatkan dia turut dikenali dalam kalangan penduduk kampung sekitar, malah mereka sanggup ke kampung berkenaan semata-mata untuk mendengar cerita disampaikan Tok Sabak.

Disebabkan kampung itu terkenal kerana kepetahan Tok Sabak, penduduk bersetuju menamakan kampung mereka sebagai Kampung Tok Sabak.

Namun, lama-kelamaan ia menjadi Kampung Sabak. Perkatan ‘tok’ tidak lagi disebut.

Penggunaan nama Kampung Sabak kekal sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment