Sunday 21 November 2021

JAMBU BATU LOHAN BUAH BESAR

 
Jambu batu (Psidium guava) yang ditanam di Malaysia terdiri dari jenis berbiji dan jenis tidak berbiji. Jambu batu berbiji yang popular ditanam adalah dari jenis klon GU 8, Klon GU 9 dan Klon GU 10 manakala untuk jenis seedless dari jenis GU 15.

Kini terdapat satu jenis jambu batu yang dipanggil dengan jambu batu king atau jambu batu giant atau jambu batu lo han. 

Varieti jambu batu lo han telah didaftarkan dengan nama varieti lo han dan nombor pendaftaran GU 16  pada March 2013 di dalam National Listing Jabatan Pertanian.

Jambu batu lo han atau lebih biasa dieja lohan mempunyai rasa lebih 'crispy' daripada jambu batu klob GU7 dan lebih 'juicy'.

Pokok jambu lohan dari benih tut cepat berbuah seawal 10 bulan selepas ditanam. Pokoknya rendah dan rendang. Sesuai untuk ditanam di laman rumah.

Buah dipetik apabila matang iaitu 4 bulan. Anggaran berat purat adalah 600 gram - 1.0 kg sebiji.

No comments:

Post a Comment