Wednesday 26 January 2022

MAKSUD PERKATAAN 'RANYA' DIALEK KELANTAN

 
Dalam glosari dialak Kelantan ada perkataan ‘ranya’. Perkataan ranya semakin kurang digunakan kerana aktiviti ranya semakin kurang dilakukan, melainkan di kalangan penduduk kampung.

Disebabkan perbuatan ranya jarang dilakukan, maka perkataan itu tidak disebut dan lama kelamaan ia semakin dilupakan.

Ranya mempunyai beberapa maksud. Maksud pertama ialah membersihkan telaga. Telaga yang mata air semakin kurang disebabkan lumpur dan mendapapan tanah perlu diranya sepaya mata air semakin laju mengeluarkan air dan keadaan air semakin bersih.

Proses ranya telaga biasanya dilakukan pada musim kemarau apabila air telaga tingga sedikit atau hampir kering. Ketika itu proses mudah dilakukan dan perlu dilakukan. Tanpa dilakukan ranya, telaga itu tidak akan berair atau airnya tidak boleh digunakan.

Proses membersih atau menyedut tangki najis dengan membuang kerak najis yang telah mendap termasuk dalam perbuatan meranya. Jika, sekadar disedup sahaja, maka itu tidak dianggap meranya.

Biasanya kos sedut tangki najis dengan diikuti meranya berbeza dengan hanya menyedut sahaja.

Ranya atau meranya juga membawa maksud mencari benda dalam air. Menangkap ikan ketika air sawah, kolam, tali air atau parit yang hampir kering dipanggil meranya ikan.

Mengambil atau mencari sesuatu secara tidak teratur juga disebut meranya.

Sebutan ranya di sesetengah tempat di Kelantan adalah ‘ganya’ yang membawa maksud sama.

No comments:

Post a Comment