Saturday 16 April 2022

MASJID UTHMANIAH, KAMPUNG PENGKALAN CINA

 
Masjid Uthmaniah merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Pengkalan Cina, Bachok Kelantan.

Kampung Pengkalan Cina terletak tidak jauh dari pekan Bachok. Kampung ini dipisahkan dengan kawasan pekan Bachok oleh Sungai Kemasin.

Kariah Masjid Uthmaniah sentiasa mengimarahkan masjid dengan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Keperluan kewangan dan peralatan kebanyakannya melalui sedekah atau wakif orang ramai.

Kesepakatan dan kesepaduan kariah dalam mengimarahkan Masjid Uthmaniah adalah sesuatu yang patut dicontohi.

No comments:

Post a Comment