Monday 25 April 2022

PCAK SANTUNI MAK CIK LIMAH

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) berusaha untuk membantu golongan asnaf sebanyak mungkin. PCAK ada senarai nama lebih seribu orang asnaf di seluruh Kelantan yang disantuni secara berulang kali untuk disampaikan bantuan.

Antara yang sempat disantuni PCAK adalah seorang nenek, Mak Cik Limah yang tinggal di Jalan Cahaya Bulan. Usianya mencecah lebih 80 tahun. Biarpun usia sudah lanjut, Mak Cik Limah masih mampu mengurus sendiri keperluan hidup seharian.

Sedikit sumbangan PCAK diharapkan dapat menceriakan Mak Cik Limah dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Anda juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment