Thursday 7 April 2022

ROSLAN AGIH BANTUAN KEPADA PENDUDUK PULAU

Dia ketegori orang kelainan upaya (OKU). Namun, semangat untuk membantu komuniti di kepulauan delta Sungai Kelantan sesuatu amat hebat. Hari-hari yang dilalui dipenuhi dengan kerja-kerja kemasyarakatan.

Roslan Ismail atau juga dikenali Lan Pulau Seratus atau Abe Lan menjadi individu kepercayaan banyak pihak untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk pulau.

Amanah yang diserahkan digalas dengan tanpa alasan. Dia akan bergerak dari jeti ke jeti atau menggunakan motosikal tiga roda pusing kawasan pulau untuk menyerahkan sumbangan orang ramai.

Kalau dia tidak mampu pergi, dia akan menunggu di wakat Jeti Pulau Seratus. Dia akan berhubung dengan telefon atau pesanan melalui individu lain agar penerima datang mengambilnya sendiri atau wakil.

Baginya, kerja-kerja kemasyarakatn telah sebati dalam dirinya. Biarpun tidak boleh berjalan, dengan kudrat merangkak, destinasi dituju tetap digagahi.

No comments:

Post a Comment