Monday 28 March 2022

MAKSUD ‘PAHA’ DIALEK KELANTAN

 
Pada masa dahulu, kerja-kerja membajak sawah menggunakan alatan tradisional. Kerbau atau lembu dijadikan 'jentera' untuk menarik berberapa peralatan yang akan membajak tanah.

Lembu atau kerbau pada masa dahulu memang telah dilatih lasak untuk melaksanakan tugasan itu dan 'mahir' melaksanakan tugasan melalui 'arahan' dibuat oleh tuannya.

Peralatan digunakan untuk membajak tanah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu igu, nanggal, sepak dan paha (perkataan dialek Kelantan).

Paha atau disebut mengikut ejaan ‘pahar’ adalah mata tenggala yang digunakan untuk menggemburkan dan membalikkan tanah. Paha diperbuat daripada besi.

No comments:

Post a Comment