Thursday 25 May 2023

PLANET ZURAH KELIHATAN SEBELAH BULAN

 
Planet Zuhrah (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan Matahari selepas planet Utarid (Mercury) dan juga planet yang paling dekat dengan Bumi.
 
Jarak purata Zuhrah dengan Matahari adalah 108.2 juta kilometer.
 
Zuhrah juga dikenali sebagai “bintang kejora”; juga sebagai “bintang timur” atau “bintang barat” oleh masyarakat Melayu kerana Zuhrah hanya dapat kelihatan seketika sebelum Matahari terbit (bintang timur) atau selepas Matahari terbenam (bintang barat).
 
Kedudukan Zuhrah yang bedekatan dengan Matahari menyebabkan pergerakannya di langit juga sentiasa seiring dengan pergerakan Matahari.

No comments:

Post a Comment