Pengguguran janin atau aborsi telah lama
dibincangkan di kalangan ulama. Dalam kitab fikah klasik ia dibincangkan dalam
bab ‘jenayah’ kerana kesan perbuatan boleh melibatkan soal pembunuhan bayi dan
sebagainya.
Pengguguran (al-ijhadh) bermaksud menggugurkan janin yang masih belum sempurna penciptaannya sebelum tiba tempoh lahirnya.
Di Malaysia, fatwa yang berkait dengan
pengguguran kandungan ini telah dikeluarkan dari masa ke semasa, termasuk oleh
oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia.
Tentang pengguguran kerana terdapat ancaman terhadap nyawa ibu, muzakarah tersebut memutuskan seperti berikut: (Muzakarah kali ke-90)
Makruh menggugurkan janin yang berumur
antara satu hingga empat puluh hari sekiranya tidak mendatangkan
bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri. Pengguguran
janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu
cacat dan berpenyakit dan boleh membahayakan nyawa ibu.
Pengguguran janin yang telah berumur 120
hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu
jenayah ke atas janin yang telah ditiup roh kecuali pengguguran itu untuk
menyelamatkan nyawa atas sebab kecacatan yang teruk.
Selain itu muzakarah tersebut juga juga
memutuskan hal-hal berikut: (Muzakarah kali ke-90):-
Rogol: Haram menggugurkan kandungan
janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu
jenayah bunuh keatas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu
untuk menyelamatkan nyawa ibu.
Pengguguran janin yang berumur sebelum 120
hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit teruk yang boleh
membahayakan nyawa ibu.
Zina: Menggugurkan kandungan zina
adalah haram dalam semua keadaan kecuali mengekalkan kandungan akan
memudaratkan nyawa ibu.
Orang Kurang Upaya: OKU (ujian akal di
bawah paras 80) harus menggugurkan kandungan yang berusia kurang daripada 120
hari. Haram menggugurkan kandungan yang berusia lebih daripada 120 kecuali jika
memudaratkan nyawa ibu.
Apa yang jelas daripada fatwa-fatwa yang
diberikan, keharusan pengguguran kandungan dalam usia lebih daripada 120
bergantung sepenuhnya kepada soal ancaman terhadap keselamatan nyawa ibu.
Semuanya ini berasaskan kepada teori
maslahah dan mafsadah di atas. Adapun pengguguran pada peringkat sebelum itu
maka ianya boleh dilakukan atas sebab-sebab lain juga, kerana kewujudan
kandungan berkenaan belum mencapai tahap yang diberikan perlindungan sepenuhnya
oleh syarak.
Pengguguran (al-ijhadh) bermaksud menggugurkan janin yang masih belum sempurna penciptaannya sebelum tiba tempoh lahirnya.
Tentang pengguguran kerana terdapat ancaman terhadap nyawa ibu, muzakarah tersebut memutuskan seperti berikut: (Muzakarah kali ke-90)
No comments:
Post a Comment