Monday 11 December 2023

SUMBANGAN BINA SURAU KAMPUNG SUANG KINA

 
Kampung Suang Kina merupakan sebuah perkampungan di Kota Belud, Sabah yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam
 
Namun, di kampung tersebut masih belum ada satu surau atau masjid pun bagi penduduk melakukan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan. Mereka terpaksa menumpang aktiviti di surau atau masjid di kampung lain yang jaraknya agak jauh.
 
Justeru, Pertubuhan Raudhah Rizq berusaha untuk mengumpulkan dana secepat yang mungkin untuk membina surau untuk kegunaan penduduk di kampung berkenaan.
 
Sayu hati bila salah seorang penduduk menyampaikan hasrat hati agar penduduk kampung dapat solat teraweh bersama di surau yang akan didirikan nanti.
 
Pertubuhan Raudhah Rizq amat-amat berharap agar jumlah dana yang diperlukan ini sekitar RM100,000 dapat dicukupkan dalam sebulan dua lagi.
 
Sesiapa ingin menyumbang boleh berbuat melalui akaun Maybank bernombor 5622 6356 6380 atas nama Pertubuhan Raudhah Rizq. Setiap sumbangan ditulis rujukan “masjid”.
 
Maklumat lanjut dapatkan di sini https://infaqrizq.com/order/form/tanahsurau?fbclid=IwAR3e3sHq09NcqNU5QgSSxlbMcyIx2StyMwnSsgwImUwPOdwzZ8d1MZZBtp4

No comments:

Post a Comment