Bidang pertanian bukan sekadar kerja
kampung yang tidak berpelajaran. Sebaliknya, ia satu bidang yang turut
memerlukan kepakaran dan ilmu khusus mengenainya. Sebab itu, untuk berjaya
dalam bidang pertanian memerlukan kepada khidmat kepakaran pihak yang khusus
berkaitan kaedah penanaman dan jenis tanaman tertentu.
Salah satu pihak menawarkan kepakaran dalam
bidang fertigasi ialah Kuala Medang Bio Tech yang beroperasi di No 1, Lembah
Dekonomi Desa Lestari, Kampung Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang.
Syarikat ini bukan sahaja memberi khidmat
kepakaran dan nasihat, bahkan juga menjadi peneraju di dalam bidang fertigasi.
Jadi, banyak pihak yang sering membuat lawatan dan mendapat khidmat nasihat.
Selain memberi khidmat nasihat berkaitan
fertigasi, ia juga memberi khidmat mengenai tumbuhan dan pengurusan perniagaan dalam
bidang pertanian.
Sesiapa yang ingin mendapat pengalaman dan
khidmat nasihat mengenai bidang pertanian boleh hadir di Kuala Medang. Lokasinya
tidak disukar untuk dikunjungi. Tanda lokasi ialah sebelum pintu masuk “Selamat
Datang Ke Kuala Medang”.
No comments:
Post a Comment