Wednesday 31 January 2024

DI MALAYSIA ADA BANGUNAN LEBIH LIMA TINGKAT?

 
Di Malaysia adakah bangunan melebihi lima tingkat? Itulah soalan yang pernah diajukan kepada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di salah sebuah negara di Asia Barat kira-kira 25 tahun lalu. Soalan tersebut ditanya oleh mahasiswa daripada negara berkenaan.

Soalan tersebut mungkin ditanya untuk mengetahui tentang mundur atau maju negara Malaysia ketika itu. Sekurangnya-kurangnya untuk membandingkan dengan negara penanya soalan tersebut. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh pelajar Malaysia, di negara berkenaan sebenarnya tidak ada bangunan yang melebihi lima tingkat (apa yang dia perasan ketika itu).

Mahasiswa dari negara berkenaan bertanya soalan tersebut kerana menganggap negara Malaysia jauh ketinggalan berbanding negaranya kerana terpaksa menghantar pelajar ke negaranya. Padanya, Malaysia jauh ketinggalan berbanding dengan negaranya.

Pelajar Malaysia ketika pulang bercuti terpaksa mengambil gambar sekitar Kuala Lumpur untuk menunjukkan kemajuan Kuala Lumpur yang sebenarnya jauh lebih maju berbanding negara di tempat dia belajar.

Ketika itu, Menara Berkembar Petronas yang berketinggian 88 tingkat sebenarnya telah ada dan gambarnya antara yang dirakamkan oleh pelajar Malaysia.

Sebenarnya pada ketika itu untuk mendapat maklumat agak sukar kerana penggunaan internet belum meluas, biarpun telah ada. Tambahan pula, mengikut pelajar Malaysia itu, dia tidak begitu kisahpun untuk mencari bukti gambar di internet untuk ditunjukkan kepada pelajar di luar negara itu.

Menariknya, salah satu gambar yang dirakamkan ialah jalan bertingkat yang ketika ketika itu ada yang sudah tiga tingkat. Kalau jalan sudah tiga tingkat, bangunan tentulah lebih lagi.  

Dan sebenarnya mengapa apabila terlihat gambar ini, teringat akan kisah tersebut biarpun gambar ini tiada kaitan dengan yang dikatakan jalan raya tiga tingkat itu. Ini sudah terlalu kompleks yang antara lain mencerminkan “majunya’ negara Malaysia.

2 comments:

  1. Tak boleh nak salahkan pelajar asing itu juga sebab kerajaan malaysia sendiri ketika itu banyak mempromosikan produk perlancungan berasaskan sumber alam semulajadi seperti orang utan, penyu, bunga raflesia dan pulau-pulau peranginan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia terkenal ketika itu disebabkan penyakit JE

      Delete