Republik Divehi adalah nama rasmi. Namun, di peringkat antarabangsa negara itu dikenali Maldives. Nama Divehi adalah sempena nama bangsa Divehi yang menjadi penduduk asal negara tersebut.
Negara itu terletak kira-kira 700 kilometerke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Namun, hanya kira-kira 200 pulau yang didiami.
Maldives juga dikenali Maladewa menetapkan syarat untuk menjadi warganegara mesti beragama Islam fahaman sunni. Perlembagaan dikuat kuasa pada 2008
mewajibkan semua rakyat menganut Islam dan mengamalkan syariat Islam.
Biarpun
berada jauh di tengah lautan, Maldives telah lama dihuni manusia. Maldives
dikira sudah memiliki kerajaan yang tertubuh sejak abad ke-6/5 Sebelum Masihi.
Penduduk awal kepulauan Maldives kemungkinan ialah orang Gujarat yang tiba sekitar 500 Sebelum Masihi. Bukti pengaruh budaya dari India
Utara dapat dilihat dari gaya pembuatan kapal dan syiling perak.
Ketika era penakluk Eropah meluaskan
jajahan takluk, kepulauan ini menjadi sebahagian daripada jajahan Potrugis pada
1558, kemudian Belanda (1654) dan akhirnya pada 1887 menjadi jajahan kepada
British.
Pada tahun 1965, Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada
Britain dan pada 1968 sistem kesultanan telah digantikan kepada republik.
Kepulauan ini mempunyai nama tertentu
digunakan dalam persuratan Melayu klasik iaitu Baldewa yang ada dicatatkan
dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Sebuah peta Bugis abad ke-19 turut
mencatatkan nama Maladiwa.
Tempoh pengaruh Buddha selama 1,400 tahun mempunyai
kepentingan asas dalam sejarah Maldives. Dalam tempoh inilah, budaya Maldives
yang masih ada hingga kini berkembang.
Bahasa Maldives, tulisan awal, seni bina, institusi
pemerintahan, adat resam dan adab orang Maldives berasal pada tempoh Buddha.
Kedatangan orang Arab selaku pedagang di
Lautan Hindi pada abad ke-12 telah mengembangkan Islam di kepulauan tersebut.
Raja beragama Buddha iaitu Dhovemi dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1153 dengan gelaran Sultan Muhammad al-Adil.
Kepulauan ini merupakan tumpuan banyak
pedagang kerana adanya banyak kulit siput yang dijadikan barangan
mata wang di serata Asia dan timur Afrika. Kulit-kulit siput ini sering ditukarkan dengan beras untuk kegunaan
masyarakat setempat.
Pada 1558, pihak Portugis mendirikan
pengaruh di Maldives, dengan kawalan dari tanah jajahan utama di Goa. Usaha
mereka untuk menyebarkan agama Kristian menyebabkan berlaku pemberontakan yang
dipimpin oleh Muhammad Thakurufaanu al Auzam dan dua saudaranya sehingga berjaya
mengusir Portugis. Peristiwa itu kini diperingati sebagai Hari
Nasional.
Pada pertengahan abad ke-17, Belanda yang
menggantikan Portugis di Ceylon berkuasa ke atas Maldives
berkaitan kedudukan antarabangsa tanpa melibatkan diri secara langsung dalam
urusan tempatan yang diatur menurut adat Islam yang sudah berusia berabad-abad.
British mengusir Belanda dari Ceylon pada 1796, dan memasukkan Maldives sebagai tanah naungan British. Status Maldives sebagai tanah naungan melalui perjanjian 1887, di mana Sultan Muhamad Mueenuddeen II yang menerima pengaruh British ke atas hubungan dan pertahanan luar Maldives.
Negara ini merdeka dari taklukan British
tahun 1968 masih memelihara sistem kesultanannya dengan Muhammad Fareed
Didi sebagai ketua negara bergelar "raja" dan Ibrahim Nasir sebagai
perdana menteri.
Maldives bertukar menjadi republik berikutan suatu pungutan
suara dibuat tahun 1968 di mana 81.23 peratus menyatakan setuju pemansuhan
sistem raja dan digantikan kepada republik.

No comments:
Post a Comment