Friday 18 June 2021

KHASIAT TEH HIJAU TARAGUI YERBA MATE

Taragui Yerba Mate adalah sejenis minuman seperti teh yang dirumus daripada daun pokok kering lles paraguarensis. Di Amerika Selatan, penduduk mengelarnya "minuman untuk dewa" dan mereka minumnya setiap hari untuk menjaga kesihatan secara optimum. 

Kandungan khasiat dalam yerba mate taragui merupakan peransang minda semulajadi yang terseimbang kerana membekalkan tenaga serta nutrien.

Institut Pasteur dan Persatuan Sains Paris telah menyatakan bahawa yerba mate mengandungi "hampir semua jenis vitamin yang diperlukan untuk mengekalkan kehidupan".

Daun tersebut secara semulajadi mengandungi 24 jenis vitamin dan zat galian, 15 jenis asid amino dan kuantiti besar antioksidan. 

Secara perincian, kandungannya terdiri vitamin A, C, E, B1, B2, niacin (B3), B5, B kompleks.  

Manakala galian pula tediri kalsium, manganese, iron, selenium, potassium, mangnesium, phosphorus dan zink.

Bahan lain temasuk karotin, inositol, antioksidan, tannins, asid pantothenic dan 15 asid amino.

Khasiat kesihatan yerba mate mengandungi senjenis bahan seperti kafein yang dinamakan meteine. Kandungan meteine agak rendah menjadikan yerba mate amat sesuai sebagai pengganti kopi.

Orang yang sentiasa minum yerba mate mendapati ia dapat mengekalkan tenaga serta kecergasan minda lebih lama.

Minuman teh taragui boleh digunakan untuk mencegah alahan, mengurangkan senak perut dan usus, melegakan lelah dan merawat kencing manis.

Kegunaan lain termasuk meningkatkan daya pertahanan terhadap serangan kuman, membersihkan darah, menenangkan sistem saraf, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kelesuan.

Teh taragui juga merangsangkan minda, mengawal nafsu makan, mengatasi kelemahan akibat penyakit, mengurangkan tekanan dan mencegah kesusahan untuk tidur.

Satu lagi kegunaan yang penting ialah kawalan berat badan. Mengikut Jurnal Sebaran Hasil Kajian Biokimia dan Biofizik (Jilid Mac 2000), pengkaji yang menyiasat sifat-sifat antioksidan merumuskan bahawa "mengambil ekstrak yerba mate dapat meningkatkan daya pertahanan sesuatu organisma terhadap serangan radikal bebas.

Perbezaan antara yerba mate dan teh hijau. Walaupun yerba mate dan teh hijau mempamerkan khasiat yang sama, tetapi kajian sains telah menunjukkan bahawa yerba mate mengandungi 52 jenis bahan aktif lebih daripada teh hijau. Yerba mate 196 jenis sedangkan teh hijau 144 jenis.

Pada tahun 2005, ahli penyelidikan di Universiti Illnois mendapati bahawa yerba mate mengandungi "lebih banyak antioksidan berbanding teh hijau".

Kajian lain juga menunjukkan yerba mate mempunyai 90% lebih catechin (bahan membantu penghadaman) berbanding teh hijau.

Kebaikan Taragui Yerba Mate:
- Melegakan panas badan.
- Mempercepatkan pemulihan dari keletihan.
- Membantu pencernaan makanan, meningkatkan daya ingatan dan tumpuan.
- Membantu mengatasi tekanan darah tinggi.
- Membantu untuk memulihkan kencing manis dan lain-lain.

Dapatkan yerba mate secara dalam talian. 
Cepat mudah murah. 
Klik pautan di bawah.

No comments:

Post a Comment