Saturday 26 March 2022

PROGRAM TAJA MAKAN DITERUSKAN

 
Restoran Sri Kandar, Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, meneruskan amalan Tajamakan (Taja Makan) untuk anak-anak golongan asnaf menikmati makan tengah hari di restoran yang terkenal dengan kari kepala ikan merah tersebut.

Aktiviti bulanan yang diadakan sejak Disember 2016 itu adalah manifestsi pemilik Restoran Sri Kandar, Wan Mustapha, yang mengamalkan konsep “Berniaga Sambil Beramal”

Dibantu dengan kerjasama aktivis kemasyarakatan seperti Amran Rahman dan beberapa NGO, Restoran Sri Kandar bukan sahaja menaja makan di restoran yang bertempat di Kampung Banggol, bahkan melebarkan Tajamakan di mana-mana tempat ada insan memerlukan bantuan.

Selain Tajamakan, bantuan lain turut disalurkan mengikut kesesuaian. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan lebih banyak yang sudi bersama-sama dalam misi mencari bekalan akhirat ini. 

Bersempena bakal memasuki Ramadan, selain menjemput 140 orang kanak-kanak keluarga asnaf untuk menikmati makan tengah hari, turut diagihkan kepada mereka ialah makanan kering yang boleh dimanfaatkan seisi keluarga.

No comments:

Post a Comment