Sunday 20 March 2022

EJAAN BETUL ‘MERTUA’ ATAU ‘MENTUA’?

 
Mertua atau mentua? Yang mana satu yang betul? Banyak orang tidak sedar mana satu yang betul.

Banyak penulisan di media berbahasa Melayu yang kita lihat menggunakan perkataan ‘mertua’ bagi merujuk kepada ibu atau bapa kepada pasangan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘mertua’ tidak mempunyai sebarang maksud dan perkataan yang sebetulnya adalah ‘mentua’.

Mengikut definisi Kamus Dewan, ‘mentua’ ialah ibu bapa, ibu atau bapa kepada isteri atau suami.

Ejaan ‘mertua’ yang banyak digunakan adalah ‘betul’ jika ia mengikut ejaan bahasa Indonesia.

Kerana kita di Malayis dan menulis untuk bacaan rakyat Malaysia, hendaklah kita mengeja mengikut bahasa Melayu.

Jadi, kita kena eja ‘mentua’ sebagai merujuk kepada ibu atau bapa kepada isteri atau suami.

No comments:

Post a Comment