Tuesday 15 March 2022

PERTAHANKAN KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Orang Islam perlu bersatu membentuk kuasa Islam di Malaysia. Jangan korbankan kuasa dimiliki Islam Malaysia sekarang semata-mata demi kuasa. Pelajarilah kisah bagaimana kejatuhan kerajaan Islam Andalusia.

Perpecahan di kalangan umat Islam digunakan sebaiknya oleh pihak Kristian Sepanyol, mereka menawarkan bantuan kepada Khalifah untuk mengalahkan ahli keluarganya sendiri.

Ferdinand dan Isabella, daripada dua kerajaan yang kuat di Sepanyol, berkahwin dan membentuk satu kerajaan yang jauh lebih besar dan hebat. Perkahwinan mereka bervisikan untuk merampas empayar Islam di Andalusia.

Pada ketika orang Kristian bersatu dan berpadu tenaga untuk mengalahkan kerajaan Islam, lain pula kisahnya di pihak Islam. Mereka saling bertelagah dan berpecah, merebut kuasa. 

Kerajaan Kristian menghulurkan bantuan kepada khalifah. Akhirnya khalifah menang, namun yang tinggal padanya hanya kota Granada, sedang wilayah-wilayah lain semua jatuh ke tangan Ferdinand dan Isabella. 

Khalifah sangkakan, Ferdinand dan Isabella akan biarkan beliau untuk memerintah dan mentadbir kota Granada, namun beliau silap. Rupanya beliau hanya dipergunakan oleh mereka untuk memudahkan laluan Kristian sepanyol menguasai Andalusia. 

Ferdinand, Isabella dan barisan tentera mereka mengepung kota Granada dan memaksa Khalifah menyerahkan Granda kepad mereka. Kerana tidak mampu untuk bertahan, Khalifah akur. Kunci Granada diserahkan, bersama perjanjian bahawa Kerajaan Kristian Sepanyol akan menjaga hak dan kebajikan umat Islam. 

Tidak sampai setahun, perjanjian itu dilupuskan. Umat Islam dipaksa memeluk Kristian, atau mereka akan diseksa secara perlahan-lahan sehingga ajal menjemput. 

Itulah tragedi yang menimpa negara Islam. Andalusia yang dahulunya masyhur dibawah naungan Islam. Bahkan Kristian dan Yahudi juga hidup aman dan bahagia dibawah pemerintahan Islam dengan hanya membayar jizyah. Namun hancur musnah dengan mudah dek kelemahan di pihak umat Islam itu sendiri. 

Pada hari ini, jika kita memyelusuri kota Andalusia, yang tinggal hanya bekas-bekas masjid yang telah ditukar menjadi gereja.

Situasi sama berlaku pada umat Islam di Malaysia sekarang. Islam berpecah sesama sendiri dan demi kuasa ada yang berkerjsama dengan Kristian untuk menumbangkan kuasa Islam. Mereka lebih pentingkan kuasa berbanding kedudukan agama. Semoga apa yang berlaku di Andalusia dulu tidak berulang di Malaysia.  

No comments:

Post a Comment