Saturday 23 January 2021

KHASIAT KUNYIT

Kunyit (turmeric) juga dikenali sebagai curcuma longa adalah satu jenis herba yang sangat dikenali. Kunyit pernah dilabelkan sebagai “ratu rempah ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan.

Kunyit boleh dikatakan satu keperluan wajib di dapur sebagai bahan perisa dalam masakan, selain digunakan sebagai herba kesihatan dan kecantikan. Biarpun terdapat serbuk kunyit di pasaran, banyak surirumah lebih selesa menggunakan kunyit hidup untuk masakan.

Kunyit mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan seperti protein, serat, vitamin C, vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium.

Antara kebaikan khasiat kunyit ialah:
- Mencegah kanser - Kunyit boleh membantu mencegah daripada menghidap kanser, berhentikan perkembagan dan bahkan membunuh sel kanser. Sudah banyak kajian menjumpai bahan aktif yang terdapat di dalam kunyit ini yang boleh melawan kanser sel dan pada masa yang sama melindungi badan daripada mendapatnya.
- Mengawal berat badan - Serbuk kunyit boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan mengawalnya. Satu komponen yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu fungsi hempedu, satu organ yang memainkan peranan untuk memecahkan lemak di dalam badan.
- Menyembuhkan luka - Kunyit merupakan satu antiseptik dan ejen antibakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectant yang berkesan. Sekiranya mengalami luka, boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan. 
- Mengurangkan tahap kolestrol dalam badan - Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan kunyit dalam diet pemakanan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
- Mengawal kencing manis - Kunyit boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan daripada insulin. Kunyit boleh meningkatkan kawalan glukosa dalam badan dan meningkatkan kesan ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan ini. 

No comments:

Post a Comment