Saturday 19 February 2022

KESAN KENA GIGIT ULAR BERBISA

 
Salah satu haiwan yang berbisa adalah ular. Bisa (venom) ular ini ada beberapa jenis:
- neurotoxin (kesan pada otak/saraf)
- hematotoxin (pendarahan berpanjangan)
- cardiotoxin (kesan pada jantung)

Kes yang biasa dijumpai ialah neurotoxin diikuti hematotoxin. 

Tidak semua ular mengeluarkan bisa yang kuat dan memberi kesan kepada manusia.

Neurotoxin biasa disebabkan patukan ular seperti tedung. Kesan selepas digigit ialah mula loya, muntah, diikuti lemah badan. Kelopak mata sukar dibuka. Paling ditakuti saraf pernafasan terganggu dan sukar bernafas.

Hematotoxin pula menyebabkan pendarahan dalaman atau di bawah kulit. Puncanya ular kapak.

Bagaimana kita mengesyaki bahawa kita digigit ular berbisa. Biasanya ular berbisa ini mempunyai 2 taring. Oleh itu, apabila dipatuk ular berbisa akan meninggalkan 2 tanda gigitan pada bahagian kulit.

Rawatan awal adalah kurangkan pergerakan pada anggota yang dipatuk ular. Jangan ikat (tourniquet). Jangan sedut bisa ular. Jangan bubuh kapur.

Tindakan yang perlu dilakukan ialah hantar sahaja ke Jabatan Kecemasan & Trauma, hospital dengan kadar segera.

Jika sempat ambil gambar ular, itu bagus. Jika tidak, ada gambar ular untuk anda kenalpasti nanti. Ini membantu doktor memilih antivenom yang sesuai.

Dalam kes kecemasan melibatkan gigitan ular, ada mangsa atau kelurga membawa kepala ular yang telah ditetak ke hospital untuk doktor membuat pengecaman.

No comments:

Post a Comment