Di Malaysia adakah bangunan melebihi lima
tingkat? Itulah soalan yang pernah diajukan kepada seorang pelajar Malaysia yang
menuntut di salah sebuah negara di Asia Barat kira-kira 25 tahun lalu. Soalan
tersebut ditanya oleh mahasiswa daripada negara berkenaan.
Soalan tersebut mungkin ditanya untuk
mengetahui tentang mundur atau maju negara Malaysia ketika itu.
Sekurangnya-kurangnya untuk membandingkan dengan negara penanya soalan
tersebut. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh pelajar Malaysia, di negara
berkenaan sebenarnya tidak ada bangunan yang melebihi lima tingkat (apa yang
dia perasan ketika itu).
Mahasiswa dari negara berkenaan
bertanya soalan tersebut kerana menganggap negara Malaysia jauh ketinggalan
berbanding negaranya kerana terpaksa menghantar pelajar ke negaranya. Padanya,
Malaysia jauh ketinggalan berbanding dengan negaranya.
Pelajar Malaysia ketika pulang bercuti
terpaksa mengambil gambar sekitar Kuala Lumpur untuk menunjukkan kemajuan Kuala
Lumpur yang sebenarnya jauh lebih maju berbanding negara di tempat dia belajar.
Ketika itu, Menara Berkembar Petronas yang
berketinggian 88 tingkat sebenarnya telah ada dan gambarnya antara yang
dirakamkan oleh pelajar Malaysia.
Sebenarnya pada ketika itu untuk mendapat
maklumat agak sukar kerana penggunaan internet belum meluas, biarpun telah ada.
Tambahan pula, mengikut pelajar Malaysia itu, dia tidak begitu kisahpun untuk
mencari bukti gambar di internet untuk ditunjukkan kepada pelajar di luar
negara itu.
Menariknya, salah satu gambar yang
dirakamkan ialah jalan bertingkat yang ketika ketika itu ada yang sudah tiga
tingkat. Kalau jalan sudah tiga tingkat, bangunan tentulah lebih lagi.
Dan sebenarnya mengapa apabila terlihat
gambar ini, teringat akan kisah tersebut biarpun gambar ini tiada kaitan dengan
yang dikatakan jalan raya tiga tingkat itu. Ini sudah terlalu kompleks yang
antara lain mencerminkan “majunya’ negara Malaysia.
Tak boleh nak salahkan pelajar asing itu juga sebab kerajaan malaysia sendiri ketika itu banyak mempromosikan produk perlancungan berasaskan sumber alam semulajadi seperti orang utan, penyu, bunga raflesia dan pulau-pulau peranginan.
ReplyDeleteMalaysia terkenal ketika itu disebabkan penyakit JE
Delete