Thursday 8 August 2024

SEJARAH NAMA GUA MUSANG

 
Gua Musang dikenali sejak tahun 1920. Nama itu diberikan oleh Orang Asli berikutan terdapat beberapa buah gua yang terbentuk di kawasan berbukit di sebelah timur stesen kereta api Gua Musang.

Salah sebuah gua itu memiliki batu yang menyerupai seekor musang sedang menerkam ayam. Cerita lisan lain pula menyebut nama Gua Musang diperolehi ekoran peristiwa Orang Asli berburu di kawasan bukit dan terserempak dengan ayam hutan yang dikejar musang.

Perburuan mereka tidak berhasil kerana sentiasa tertembung dengan musang yang mengejar ayam-ayam hutan, kemudian musang itu lari ke dalam gua berdekatan. Lalu tempat itu dipanggil “Gua Musang”.

Gua Musang terbahagi kepada tiga daerah iaitu Bertam, Galas dan Chiku.

No comments:

Post a Comment