Ada orang, dia susah hati kerana belum
bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya
anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun
terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.
Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga
terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti
jaga aku.
Ada orang, anaknya semua perempuan, sama
juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak
jaga aku nanti.
Apa masalah kita sebenarnya?
Kita letakkan masa depan kita di tangan
manusia. Di tangan anak. Di tangan suami.
Walhal yang jaga kita itu Allah.
Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup
nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah
usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa
hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus
diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah
sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki. Dan rezeki itu hak
Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.
Jangan runsingkan kerja Allah. Runsingkan
kerja kita yang asyik tak siap ni.
Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.
Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada
jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak
jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.
Masa depan kita sentiasa di 'tangan' Allah. Dan
Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata
dia layak dapat.
Pendek kata Allah ada.
Jangan takut...
Allah sentiasa bersama kita...
No comments:
Post a Comment