UMNO bukan lahir kerana musim. Bukan kerana tidak puas hati
kepada parti atau pemimpin yang disertai sebelum itu. Juga, bukan kerana
memperjuangan seseorang. Jauh sama sekali kerana dendam atau perasaan benci
untuk membalas dendam.
UMNO lahir kerana tanggungjawab atas dasar mempertahankan
agama, bangsa dan tanah air, dengan adab yang menjunjung institusi raja sebagai
payung negeri dan negara.
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman
pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat
tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk kelangsungan bangsa Melayu.
Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh
British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan
sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti
politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan
masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Hasil penubuhan UMNO, usaha menuntut kemerdekaan digerakkan
dan sehingga negara mencapai kemerdekaan. Dengan daya usaha dan keikhlasan
membangunkan sebuah negara baharu, maka terbinalah negara yang boleh dianggap
berjaya berbanding usia kemerdekaan yang masih muda.
Di sebalik usia perjuangan yang panjang, banyak detik
peristiwa telah dilalui. Ketika berada di punca kuasa, mahupun ketika tiada
kuasa kesetiaan ahli menjadi teras yang memperkasakan parti.
Sambutan ulang tahun ini bukan sekadar mengenang sejarah. Ia
adalah peringatan bahawa perjuangan ini sentiasa bersambung. Daripada satu
generasi kepada satu generasi. Daripada bahu mereka yang terdahulu, kini amanah
itu beralih kepada kita.
Perjuangan dan tanggungjawab ahli UMNO tiada noktahnya. Ahli
UMNO bukan sekadar mewarisi nama UMNO, tetapi memastikan roh perjuangannya
terus hidup. Memastikan UMNO kekal menjadi nadi perjuangan, suara pembelaan,
dan harapan bangsa.
UMNO mesti terus menjadi parti yang berprinsip. Tegas
apabila maruah bangsa dicabar. Setia apabila institusi Raja perlu
dipertahankan. Rendah hati apabila rakyat menuntut pembelaan.
Pemimpin dan ahli sejati tidak meninggalkan perjuangan biar
berada dalam keadaan apa sekalipun. Teruskan khidmat ketika di punca kuasa.
Kekal setia semasa tiada apa-apa.
Sebab itu UMNO terus wujud dan berkhidmat kepada agama,
bangsa dan negara sehingga sekarang. Usaha musuh politik untuk menguburkan dan
mentalkin UMNO tidak berjaya.
Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment