Monday, 8 June 2026

PENDIRIAN ‘ANTI-DAP’ ONN HAFIZ BUKAN BERSIFAT PERKAUMAN

 
Pendirian Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menolak mentadbir bersama DAP, dilihat dibuat dalam konteks Barisan Nasional (BN) mahu bertanding solo pada PRN.

Onn Hafiz ketika pelancaran jentera pilihan raya BN Johor pada 7 Jun 2026 berkata, beliau lebih rela tidak menjadi Menteri Besar daripada mentadbir Johor bersama DAP.

DAP bukan parti berasaskan kaum, sebaliknya ia disertai pelbagai kaum. Jadi, mana mungkin menolak DAP bermakna menolak mana-mana kaum.

BN tidak mengamalkan perkauman. Dalam BN ada disertai parti MCA yang keanggotannya mesti di kalangan kaum Cina dan MIC yang dianggotai keturunan India. Amalan ini telah diamalkan BN ketika negara belum merdeka melalui gagasan Parti Perikatan sebelum ditukar kepada BN.

Kenyataan Onn Hafiz tidak harus dilihat secara terpisah daripada konteks parti yang bermaksud menegaskan bahawa BN mahu bergerak solo berdasarkan maklum balas daripada akar umbi.

Jadi, jika BN bertanding sendiri dan akhirnya gagal memperoleh majoriti, BN tidak akan bekerjasama dengan DAP dan sanggup berada di pihak pembangkang.

Tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti adalah hak sesuatu parti itu. Tidak wajar keputusan itu terus dianggap sebagai perkauman dan melawan sesuatu agama. Kalau BN menolak bekerjasama dengan PAS, itu tidak bermakna BN menolak Islam.

Dalam berpolitik kena matang. Jangan cetuskan pemikiran sempit yang boleh membawa kesan buruk kepada keharmonian kaum dan agama di Malaysia.

BN mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India, melalui UMNO, MCA dan MIC, selain Parti Bersatu Rakyat Sabah yang mewakili pelbagai kaum di Sabah.

BN turut disertai Parti Progresif Penduduk (PPP) yang keahliannya terbuka kepada semua kaum.

Berdasarkan kepada parti komponen BN, maka ia jelas membuktikan BN tidak mengamalkan sikap perkauman.

No comments:

Post a Comment