Penyebab utama pertumbuhan jerawat ialah kerana sebum yang dihasilkan dari kelenjar sebum di kulit muka mengakibatkan pori muka tersumbat sekaligus menghasilkan jerawat.
Selain itu, pori muka juga boleh tersumbat akibat kekotoran yang terdapat di udara. Dedebu dari permukaan udara boleh menyumbatkan pori muka dan juga mendorong kepada penghasilan jerawat.
Tambahan pula, sekiranya seseorang itu gemar makan makanan yang berminyak seperti makanan goreng maka ia juga boleh menyebabkan muka kita menjadi lebih berminyak serta menyebabkan pori muka tersumbat dan mendatangkan jerawat.
Kajian juga ada menunjukkan bahawa makanan laut seperti udang, sotong, ketam, kepah dan lain-lain juga boleh mendatangkan jerawat. Jerawat yang tumbuh bukan sahaja besar dan merah malah juga gatal dan senang meninggalkan parut.
Selain itu, pengumpulan sebum di muka merupakan permukaan terbaik untuk pertumbuhan bakteria yang bernama ‘Propionibacterium acnes’. Bakteria ini akan bertindak balas dengan sebum di muka dan merangsangkan sistem imun. Oleh itu, apabila sistem imun bertindak maka ianya akan mengakibatkan keradangan dan menumbuhkan jerawat.
Sesetengah orang juga berpendapat bahawa makanan kekacang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Hal ini kerana kacang mengakibatkan muka menjadi lebih berminyak kerana kandungan nutriennya. Jadi, sekiranya dimakan berlebihan akan menjadikan muka sangat berminyak langsung menghasilkan jerawat.
Selain itu, gadis atau jejaka muda yang baru mencapai akil baligh juga sangat mudah mendapat jerawat. Hal ini kerana pertukaran hormon dalam badan mereka. Pertukaran hormon ini akan mengakibatkan kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan sekaligus membawa kepada pertumbuhan jerawat yang banyak.
Diet boleh mempengaruhi kulit. Bukti terbaru mencadangkan sesetengah makanan dan minuman boleh membuatkan jerawat menjadi lebih teruk. Contohnya karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kentang putih. Ia sama seperti produk tenusu tertentu biasanya susu tanpa lemak boleh memburukkan jerawat.
Tekanan juga membuatkan jerawat makin bertambah. Otak dan kulit sentiasa berkait. Jadi stress sudah tentu menjejaskan kulit.
Genetik juga menjadi faktor seseorang berisiko mendapat jerawat. Jika ibu atau bapa mengalami masalah jerawat, ada kemungkinan ia turut dialami anak-anak.
No comments:
Post a Comment