Wednesday 5 October 2022

PEREBUTAN KUASA PUNCA PH TUMBANG

 
Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas 22 bulan menang PRU-14 kerana Barisan Nasional (BN) merampas kuasa.

Tun terlupa kerajaan PH tumbang selepas beliau meletakkan jawatan Perdana Menteri berikutan perebutan kuasa yang terjadi dalam PH.

Kisah perebutan kuasa yang berlaku dalam kerajaan PH ketika itu bukan suatu rahsia lagi. Seluruh rakyat telah mengetahui apa yang berlaku.

Mahathir didesak oleh sekutunya untuk menunaikan janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas tempoh 2 tahun.

Mahathir sebaliknya bertindak meletakkan jawatan dan mencadangkan pembentukan sebuah kerajaan baharu mengikut kehendaknya.

Cadangan beliau itu telah ditolak oleh banyak pihak kerana berbaur diktator dan autokrat.

Mahathir sepatutnya berterima kasih kerana BN menyelamatkan kelangsungan pentadbiran negara yang kucar kacir akibat percaturan politik beliau dan PH.

Benar rakyat memilih PH pada PRU-14 selepas terpedaya dengan pendekatan populis Tun, Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), namun rakyat akhirnya menyedari hakikat kebenaran yang dipertontonkan itu.

Pilihan raya kecil antara 22 Januari 2019 hingga 25 Februari 2020 menyaksikan Tun dan PH ditolak oleh majoriti pengundi termasuk di Semenyih dan Tanjung Piai.

Tun tuduh BN rampas kerajaan melalui 'ahli politik katak' tidak benar sama sekali kerana yang menerima banyak 'ahli politik katak' adalah parti mereka sendiri.

Ketika itu Tun dan Bersatu melahirkan rasa gembira 'ahli politik katak' melompat keluar daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk bersama beliau dan PH untuk mensucikan diri mereka.

Tun tuduh UMNO tidak peduli rakyat dan hanya mahu jadi Perdana Menteri sedangkan UMNO pernah membuktikan sebaliknya.

UMNO berlapang dada menyokong Presiden Bersatu jadi Perdana Menteri ke-8 tanpa sebarang syarat seperti dilakukan Presiden Bersatu terhadap Perdana Menteri ke-9.

Keputusan itu dibuat semata-mata demi kelangsungan pentadbiran kerajaan ketika itu yang amat penting kepada rakyat dan negara.

Individu yang diketahui berulang kali mencerminkan kemahuan diri untuk terus menjadi Perdana Menteri ketika ini adalah Pengerusi Gabungan Tanah Air (GTA), Pengerusi PH dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Tun mendakwa banyak akan cedera dan mati jika PRU-15 diadakan sekarang walhal tiada siapa dapat meramalkan dengan tepat adakah banjir besar akan berlaku atau tidak.

Usah memperlekehkan kewibaan pasukan keselamatan kita, malah Jabatan Meteorologi Malaysia menerangkan istilah hujan purata yang diramal berlaku tidak semestinya menyebabkan banjir besar.

Bagaimanapun itulah jua pentingnya PRU-15 diadakan sekarang untuk menyediakan sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh bagi menjaga kebajikan rakyat.

No comments:

Post a Comment