Terdapat pecahan atau peraturan diguna pakai
dalam menentukan sama ada adat itu boleh dijadikan sebagai sumber hukum atau
sebaliknya
Perkara yang biasa dilakukan oleh banyak
orang, maka ia mesti juga dilakukan oleh orang lain. Yakni, sesuatu yang
telah biasa dilakukan oleh banyak orang lain, maka mesti orang terkemudiannya
juga melakukannya.
Hal ini memberi satu ketetapan agar mudah untuk diambil
tindakan pada masa depan atau sesuatu yang berkaitan dengannya. Sesuatu perkara
yang tidak wajib asalnya, tetapi telah dijadikan satu peraturan wajib dalam
masyarakat disebabkan adat dan undang-undang.
Contohnya, setiap lelaki di Malaysia
selepas akad nikah diwajidkan bertaklid mengikut apa yang telah ditetapkan
skripnya oleh majlis agama. Setiap negeri lafaz taklidnya berbeza sebutan,
tetapi sama pada maksudnya.
Ucapan taklid sebenarnya tidak termasuk
dalam rukun nikah atau wajib dilakukan. Bagaimana, berdasarkan adat
terpakai di Malaysia, ia adalah diwajibkan. Perkara ini bagi melindungi hak
isteri dan memudahkan satu pentadbiran jika timbul masalah berkaitan
dengannya. Dengan kata lain, apabila berlaku sesuatu yang lazimnya
dijadikan taklid, maka pihak berkuasa agama dapat melakukan tindakan
sewajarnya.
Adat yang diakui itu umumnya terjadi
diketahui mengenainya oleh anggota masyarakat dan bukannya perkara
jarang-jarang terjadi. Ini membawa maksud bahawa sesuatu yang ingin dijadikan
peraturan itu hendaklah perkara yang telah difahami atau biasa dilakukan oleh
orang ramai. Bahkan, sesuatu yang dianggap menyalahi kebiasaan jika kita
melakukan sebaliknya, walaupun pada hukum asasnya dalam Islam mengkehendaki
sebaliknya.
Contohnya hal berkaitan memakai kasut atau
alas kaki ketika memasuki pejabat kerajaan mahupun swasta. Umum diamalkan,
pejabat sekarang membenarkan pemakaian kasut walaupun bahagian lantainya
ditutupi dengan permaidani dan bersih.
Pada kaedah asalnya Islam mengajar
umatnya menanggalkan kasut apabila memasuki rumah atau bangunan. Ini
bertujuan untuk mengelak kekotoran yang melekat di kasut dibawa masuk ke dalam
rumah.
Namun, adat mamakai kusut dalam pejabat
berdasarkan kepada maslahat dan mengelak mudarat. Bayangkan jika perlu
membuka kasut yang menyebabkan kesukaran dan mengganggu kelicinan
tugas. Begitu, juga kasut ditinggalkan di luar besar kemungkinan akan
dicuri.
Jadi, jika ada pejabat yang menetapkan
peraturan agar menanggalkan kasut, maka perlulah meletakkan tanda peringatan
atau arahan agar berbuat demikian. Ini perlu, seperti dijelaskan ialah
adat biasanya tidak perlu ditanggalkan. Jadi, jika ingin dilakukan
sebaliknya, maka perlu ada satu makluman mengenainya.
Pemberian kebenaran menurut adat kebiasaan
adalah sama dengan pemberian berdasarkan kata-kata. Ia membawa erti bahawa
adat yang berlaku bermaksud satu kebenaran untuk semua atau yang biasanya
berkaitan dengannya. Kebenaran yang berasaskan adat itu dianggap sama
seperti kebenaran melalui kata-kata.
Contohnya, sebuah kedai yang telah membuka
pintu bermakna telah membenarkan orang ramai memasukinya. Walaupun tuannya
tidak menjemput orang memasukinya, tetapi tindakan membuka pintu itu telah
menjadi adat yang bermaksud orang boleh memasukinya.
Tindakan itu boleh dianggap tuan kedai itu
telah membenarkannya secara kata-kata. Maka, jika tuan kedai membuka
pintu, tetapi tidak bermaksud untuk membenarkan orang ramai memasukinya, maka
dia perlu menyatakan tegahan melalui tulisan atau kata-kata. Begitu, juga
jika ia hanya dikhususkan untuk golongan tertentu, maka perlu dijelaskan atau dimakluman
mengenainya.
Hukum itu biasa digunakan dan bukan hanya
sekali sekala saja. Sesuai dengan apa yang dikatakan adat yang berlaku
berulang-ulang, maka hukum mengenai adat itu juga kerap dan sering kali
digunakan atau terjadi dalam masyarakat. Tidak dianggap satu hukum yang
perlu jika ia hanya berlaku atau digunakan sekali sekala saja.
Keperluan kerap digunakan itulah sebenarnya
mengapa ia perlu dijadikan sumber hukum. Ia jelas menunjukkan
keperluannya. Contohnya dalam aktiviti jualan salam atau tempahan
barang. Ternyata jualan salam yang mana pembeli setuju membeli sesuatu
barang atau produk yang belum siap kini menjadi satu perkara lumrah dalam jual
beli. Kebanyakan barang dibeli melalui salam adalah harta mahal seperti rumah
yang dibina apabila ada tempahan daripada pembeli.
No comments:
Post a Comment