Alat talian atas merupakan sistem bekalan
kuasa elektrik yang digunakan dalam pengangkutan kereta api elektrik. Kabel ini
menyalurkan tenaga kepada kereta api elektrik melalui pantograf yang
bersentuhan dengan kabel di atas landasan.
Sistem ini terdiri daripada komponen seperti kabel kontak, tiang sokongan, penebat, dan pemegang kabel, yang berfungsi memastikan arus elektrik disalurkan dengan selamat dan efisien kepada pantograf tren.
Kereta api elektrik yang menggunakan elektrik arus ulang-alik (AC) dan elaktrik arus terus (DC) tidak mempunyai enjin sebagaimana kereta api yang memerlukan bahan bakar. Setakat 2018, lebih 1/4 daripada rangkaian kereta api dunia terdiri daripada rangkaian elektrik. Kebanyakannya tertumpu di Eropah Barat dan Asia (Jepun, China dan India).
AC secara umumnya mampu membekalkan kuasa lebih tinggi kerana transformer yang memerlukan AC dapat meningkatkan voltan. Justeru, AC digunakan di atas landasan yang stok gulingnya (pelbagai jenis kereta api) perlu beroperasi pada kelajuan yang tinggi.
Hal ini menjelaskan mengapa LRT yang berkelajuan 80 km/j menggunakan 750 V DC manakala KTMB ETS 25 kV AC, 50 Hz.
Di Malaysia, sistem alat talian aas biasanya beroperasi pada voltan 25kV, membekalkan kuasa yang stabil untuk kereta api elektrik. Oleh itu, penggunaan sebarang objek logam yang tinggi di platform adalah sangat berbahaya, kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik yang serius.
Penyelenggaraan berkala amat penting bagi memastikan operasi kereta api berjalan lancar dan selamat.
No comments:
Post a Comment